Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,mengangguk dan membenarkan,kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan,mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian?Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanyabagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
AKU RINDUKAN KEPIMPINANNYA!!!
hurm, yezza..puisi ni mendalam...loves it. bukan senang kita nak jumpa manusia yg macam mahathir ni.tapi takde kita nak hargai die sewaktu pemerintahan die. poor mahathir..i tetap sokong u mahathir!!!!
ala..bukan jiwang suka-suka. hehe mahathir tu memang contoh paling baik ar nak wat rujukan. harap sgt dapat jumpa dgn die satu hari nanti.. MAHATHIR!! hehe
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, FAKER, copycater and any type of childish acts or BADWORDS HERE . you should leave message on my tagboard before you leave.
you're allowed to enter this site anytime but if you do something BAD and I don't Like it. you should go go far away from my blog.
RESPECT is a must. Enjoy your stay and have fun!
Please leave your step by drop your comment or
Just click here :
Norhayati is :
Trustworthy and loyal | Very passionate and dangerous | Wild at times | Knows how to have fun | Sexy and mysterious |
Everyone is drawn towards her inner and outer beauty and independent personality | Playful, but secretive |
Very emotional and temperamental sometimes | Meets new people easily and very social in a group |
Fearless and independent.. Can hold their own | Stands out in a crowd | Essentially very smart..
4 Comments:
sy sgt admirer dgn puisi ni..
haizz terigt zmn skolah dlu 8->
06 March, 2008
hurm, yezza..puisi ni mendalam...loves it. bukan senang kita nak jumpa manusia yg macam mahathir ni.tapi takde kita nak hargai die sewaktu pemerintahan die. poor mahathir..i tetap sokong u mahathir!!!!
06 March, 2008
yuuhhuuu...kite pon suke gak puisi nih..sgt puitis dan touching ok..
wah..asal tetibe jd jiwang lak aku nih..hehehe..
14 March, 2008
ala..bukan jiwang suka-suka. hehe mahathir tu memang contoh paling baik ar nak wat rujukan. harap sgt dapat jumpa dgn die satu hari nanti.. MAHATHIR!! hehe
14 March, 2008
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home