Penyelidikan di Universiti Dundee di Scotland itu mendapati bayi yang menaiki kereta sorong menghadap ke hadapan mungkin akan ‘ketandusan emosi; kelak disebabkan kurangnya hubungan muka antara anak dan ibu bapa.
Dengan meletakkan bayi menghadap ibu bapa ketika ditolak di dalam kereta sorong dikatakan dapat memberi mereka ketenteraman positif dan mengurangkan tekanan mental.
Penyelidikan dari Sekolah Psikologi universiti tersebut mengaitkan rumusan berkenaan dengan kajian sains neurology yang menunjukan interaksi social ketika tahun-tahun awal perkembangan otak kanak-kanak adalah amat penting.
Data yang dikumpul didakwa menunjukkan bayi di zaman ini ketandusan emosi dan mungkin tertekan dengan penggunaan kereta sorong sedemikian. Ini dikatakan boleh menyebabkan mereka membesar sebagai golongan dewasa yang dibelenggu rasa khuatir.
Maklumat yang dikumpul menunjukkan 25 peratus ibu bapa yang menghadap muka anak mereka, lebih banyak bercakap dan berinteraksi bersama sementara denyut jantung anak juga lebih rendah jika mereka dapat melihat individu yang menolak kereta sorong tersebut.
Penyelidikan itu dikatakan bertujuan untuk memberi ibu bapa pilihan terbaik dalam memilih cara untuk membentuk perkembangan fizikal dan emosi anak mereka berdasarkan maklumat yang cukup, terutamanya dalam meningkatkan komunikasi peringkat awal antara anak dan ibu bapa.
Labels: Info.
FENOMENA
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, 














My Parents + dakMOK!
Me and My Parents
My Parents
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home