<body>
NO LEFT CLICK!!! :P
Ada apa dengan lensa??
June 26, 2009



Pelaburan awal terbaik selain kamera.

Ada apa dengan lensa yang menjadikannya begitu penting? Ada sesetengah orang merasakan bahawa kamera lebih penting lagi. Yup! Itu memang tidak dinafikan. Tanpa pemproses dan sensor imej yang baik, apalah sangat sesebuah kamera itu. Tetapi satu lagi komponen utama yang tidak boleh dipandang remeh adalah lensa kamera. Sehinggakan ada golongan professional di luar sana yang menyatakan kita patut berbelanja lebih untuk lensa berbanding kamera, terutama bagi mereka yang merangka bajet!

Ini kerana lensa mempunyai lebih banyak peranan berkaitan kualiti dan penggunaannya dalam rakaman gambar. Ia masih diperlukan dan masih berguna untuk jangkamasa yang lama. Sekiranya sebuah kamera contohnya NIKON D40 atau D60 akan ditukar dalam masa 10-15 tahun lagi, lensa kamera tetap kekal berguna pada mana-mana kamera yang serasi denganya. Bukan sahaja lensa menjadi pelaburan awal yang bijak, malah ia penting untuk merakam imej berkualiti di samping badan kamera itu sendiri.

Sebagai contoh, lensa yang pernah popular satu ketika dahulu iaitu NIKON 18-200mm VR, masih lagi menjadi lensa yang popular untuk kamera NIKON DX. Malah ia juga dikatakan serasi untuk kamera-kamera akan dating seperti model D300 dan sebagainya. Begitu juga dengan lensa-lensa lain, yang pernah dikeluarkan beberapa tahun lalu, masih lagi menjadi lensa yang terbaik sehingga kini, meskipun model kamera telah berubah-ubah.

Seorang jurukamera yang baik juga akan memastikan dirinya memilik pelbagai jenis lensa untuk digunakan pada situasi berbeza. Lensa sudut lebar, lensa jarak jauh, lensa makro, lensa standard dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa lensa-lensa ini memainkan peranan yang tersendiri dalam menghasilkan rakaman gambar yang baik, sama ada dalam fotografi manual mahu pun digital.

Lensa kamera juga boleh didapati dalam jarak kanta berbeza-beza yang menentukan kedalaman paparan dan focus sebuah gambar (ini menentukan jenis lensa). Lebih panjang lensa kamera, maka lebih focus yang boleh diberikan kepada sesuatu objek, lebih pendek lensa maka lebih lebar imej terhasil. Begitu juga dengan lensa standard yang menghasilkan imej seperti mana yang dilihat oleh mata. Untuk itu, pemilihan dan pemilikan lensa yang boleh menawarkan semua ciri-ciri ini menjadi terbaik.

Sekiranya anda sedang merangka bajet, lensa dikatakan pelaburan awal yang seharusnya dititik-beratkan dalam memikirkan perdebatan antara ‘kamera vs lensa’. Dapatkan lensa terbaik dengan nilai wang yang anda ada, dan badan kamera yang baik pula menjadi soal bonus. Jangan takut untuk berbelanja lebih dalam membeli lensa,kerana ia akan sentiasa digunakan oleh anda dan membantu anda mendapatkan rakaman berkualiti yang sentiasa anda idam-idamkan. Oh ya! Lensa kamera juga sentiasa “laku” kalau dijual semula tau.

TIPS MENDAPATKAN DAN PENJAGAAN LENSA:
1. Tetapkan bajet dan pastikan anda mendapatkan lensa terbaik dengan wang yang anda ada. Lebih baik dapatkan lensa terbaik pada satu harga daripada dua lensa murah.

2. Lensa standard atau lensa zoom? Bagi anda yang pertama kali membeli kamera dan lensa,dapatkan lensa standard terlebih dahulu. Pastikan yang anda boleh merakam subjek sedekat mungkin berbanding membiarkan zoom melakukan semuanya.

3. Buat pertama kali, anda patut dapatkan lensa daripada pengeluar asal seperti NIKON atau CANON. Jika ia merupakan lensa kedua atau ketiga anda, tiada salahnya tinjau-tinjau pilihan lain.

4. Sekiranya anda membeli lensa dari pengeluar pihak ketiga, pastikan pelekap lensanya serasi dengan kamera anda. Bukan semua lensa serasi semua model kamera.

5. Terdapat 3 lensa iaitu standard, lebar dan telephoto. Kuasa sesuatu lensa itu terletak pada ukuran milimeternya atau juga dikenal sebagai jarak focal. Lebih banyak,lebih baik. Dapatkan juga aperture maksimum.

6. Ketahui kegunaan lensa anda. Misalnya lensa sudut lebar (24-28mm) untuk fotografi landskap ; lensa telephoto untuk rakaman jauh seperti perlawanan bola sepak ; lensa makro untuk ‘close-up’ dan lain-lain lagi.

7. Dapatkan sahaja tak mencukupi, kena pandai juga. Gunakan penutup lensa sekiranya tidak digunakan. Jaga dengan selamat!

8. Gunakan pembersih lensa dan elak menyentuh dengan tangan.

9. Pastikan lensa sentiasa kekal kering.

10. Sentiasa dapatkan maklumat mengenai lensa terbaik di pasaran dan tip penjagaan dari pelbagai sumber lain.

Labels:


share this: facebook

4 Comments:

Blogger FizaExpression said...

dlm majalah pc.hehehe

02 July, 2009

 
Blogger Cik Buya said...

aah..hehe;p

03 July, 2009

 
Anonymous razifmustapha said...

tip yang menarik! kamera mahal takpe, sebab sebab kalau pandai guna dan ambil peluang, boleh mendatang untung pada kita, tapi fikirkan anda beli henset mahal2.. tak akan memberi untung apa-apa pada anda untuk masa akan datang.

03 July, 2009

 
Blogger Cik Buya said...

haha hampeh! hf mahal makin lama makin susut nilai ek. camera ngan lens ada harga lagi..huhu
apelagi jual la camera ko kat aku..
alah kawan2 je singgit dah ler. hehe
;p

03 July, 2009

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

back to top




HOME | LENSA HAYATI | FLICKR


Best view in CHROME




Dear Readers,
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, FAKER, copycater and any type of childish acts or BADWORDS HERE . you should leave message on my tagboard before you leave. you're allowed to enter this site anytime but if you do something BAD and I don't Like it. you should go go far away from my blog.


RESPECT is a must. Enjoy your stay and have fun!
Please leave your step by drop your comment or Just click here :


Thank You and Come Again!

Dan tolong jage Chiyo saye :)
Klik-klik please!

Profile♥


the unique one


Norhayati is : Trustworthy and loyal | Very passionate and dangerous | Wild at times | Knows how to have fun | Sexy and mysterious | Everyone is drawn towards her inner and outer beauty and independent personality | Playful, but secretive | Very emotional and temperamental sometimes | Meets new people easily and very social in a group | Fearless and independent.. Can hold their own | Stands out in a crowd | Essentially very smart..















I Have This :)
facebook


See my profile...


Heart

Buya <3 Buyo, Since **07
: 0504 : Our Pallet Of Love


leave ;] email/ym ;] Fotopages ;] Friendster ;]


Gossip♥


graphic addicts
[:


Likes♥

Suka menembak di waktu lapang ='D

D80 kini di tangan.. ;)

I Am Nikonian :D

My Gear


Friends♥



Games + Tutorial ::
funny-games
heavy-games
Maya 3D
HTML tutorial
HDR tutorial
IR

Harry Potter

Labels♥

  • Photoshop Tutorial
  • Information
  • Tag
  • Movie
  • Songs

  • Entries♥

    Recent Post

  • Elak sakit belakang (backbone pain)
  • Paintball..ape yang ??
  • yeah...eksperimenku berjaya
  • Ceh..sengal je aku neyh
  • kene tag...by busya
  • kenapa kita cepat MARAH
  • A special thanks to..
  • Cara-cara to handle STRESS
  • Elak perut buncit??
  • Apa ni?


  • Archives♥




    Others♥

    My Flickr



    JS Paintball

    My Parents + dakMOK!

    Me and My Parents

    My Parents




    Actually not a best student c(=


    Advertiser♥


    Saiz iklan anda adalah
    150 x 150

    Untuk sewa ruang iklan anda, sila emailkan kepada saya di kedinkyst87@gmail.com.

    Sewa iklan anda akan di letakkan setelah pembayaran diterima.

    **Tertakluk kepada syarat dan permintaan.