<body>
NO LEFT CLICK!!! :P
Masa Muda memang best :D
February 25, 2010

Ok friend.. what's on my mind now??

actually.. i just discovered picture of mine a years ago. Since aku kat Kolej dulu.. oh no.. i miss damn much more kat rumate aku dulu.. bila tengok gambar-gambar kitorang. tak tau la rumate aku skarang ni tengah pk aku tengah gila kot gelak sorang-sorang. hehe..

Mana tak.. terkenang balik kot kenangan lama.. Masa tu, kami selalu je have fun.. 24/7 ketawa. hahahaha.. *sengal. nak gak ketawa.

Ni la rumate aku.. time ni waktu Konvokesyen aku kat Nilai.
Dari kiri Ros, me, fara, fad, syira, huda n Pija
(tengok tudung pink tu ske je tutup mata)

Ok.. really-really missed this moment. makan ramai-ramai kat Cafeteria Kolej dulu..

Hihi.. time ni dalam klas Sains kot.. kitorang bergambar macam ni sebab sakit hati ngan lecturer Fotography aku dulu. Dia tu dagu.. hahahaha

Hoho.. takde motif?

Rumate aku dulu.. kami paling TOP kat Kolej dulu.. sebab pe? sebab kitorang dulu RAJIN tolong-tolong lecturer and of course la Lecturer kitorang RAJIN hang out ngan kitorang.. Siyes! seronok gila time tu..
(dalam gambar kat atas tu dua dari kanan Pn Intan, Pn Rasmah ngan Cik yati)

DAN rumate aku dulu satu rumah MAIN KOMPANG tau! (sila tepok tangan) malah.. bacth aku time ni ramai main kompang tak kira la lelaki ke perempuan.. and tak payah nak argue lagi, Lecturer kitorang time ni sayang sangat-sangat kat kitorang. (ahah masuk bakul angkat sendiri) sebab kitorang la yang menyerikan suasana kat kolej dulu tau.

Before kuar gi main kompang..

Lepak-lepak kat pantai putri..

Sambil main lompat-lompat..

Dengan Amoi..

Time ni celebrate Besday aku.. terharu weh.. dorang bagi hadiah Tepung kat aku..
dan puas hati.. aku kene semua kene. hahahahah

Ngee.. time ni time single. Pegi tengok GIG ngan pija.. ni la kot gig terakhir aku.
Ade mamat mabok.. ngan budak-budak Punk bersepah-sepah..
tapi dorang tak kacau orang.
and last-last tak masuk pun gig terus bla balik umah.
hahahahaha


Kalau nak di kira kan memang banyak kenangan-kenangan ngan rumate aku dulu.
Masa kitorang belajar kat merlimau dulu.. Macam-macam masalah yang akhirnya di selesaikan sambil gelak ketawa. Masa sem 2, berjiran ngan Cina.. balik2 klas je dah bengkak telinga dengar jeritan cina ni marah anak dia.. hahaha

"Balik-balik je kene marah"

hahaha...

Dulu, budak taman debunga tu kantoi curik baju-baju kitorang.. time tu aku perasan skirt kembang fara takde kat ampaian. terus mencari suspek 2 orang budak perempuan yang selalu lalu-lalu depan umah kitorang and finally memang sah dia punya keje.. banyak betul pakaian yang dia amek dan kitorang tak sedar pun ilang..Senior pon terkena jugak.

Lepastu, celebrate besday Syira dengan membuat kejutan. Konon-konon dia balik umah kitorang takde. padahal sume dalam rumah tu tutup lampu tutup kipas semunyik kat dapur dalam keadaan panas-panas sampai lilin kek hampir cair. ahahaha.. terkezut dia..
(kami memang bising sampai pukul 2, 3 pagi pun masih lagi gelak-gelak)
and.. siap main kejar2 kat taman lagi semata-mata nak lari dari kene baling dengan kek. hehe.

Lagi.. kitorang suke membuat photoshot sendiri kat dalam rumah dengan memakai baju ala-ala model. selain ske amik gambar lompat-lompat kat tilam hahah.

Lagi.. kami suke menyanyi kuat-kuat kat dalam bilik Fad sebab dia ade CD karaoke lagu ELLA. abeslah masing-masing macam nak terkeluar anak tekak. kuikuikuikui.


Sem 4 lepas balik dari LI kitorang still lagi bersama as rumate yang sejati. cewahh.. tapi kali ni rumah lain. sama deret ngan rumah lama dan ke belakang sikit. hihi. Aman damai tak dengar cina tu bising-bising. hihi..

Kat rumah ni, paling best asbestos.. Syira dapat bawak peti ais dari umah maklong dia.

Rumah ni walaupun 3 bilik tp 2 bilik je leh pakai.. bilik belakang tu tuan rumah simpan barang2.. (cam hampeh je kan?) tapi takpe.. kami ramai-ramai tido kat hall. Bilik depan jadi CC bilik tengah jadi Bilik salin baju.

Kalau time nak masak.. semua-semua masuk dapur sampai kecah dapur di buatnya.

Kalau lepas basuh baju, baju yang kering tu kitorang campak je kat bilik tengah sampai Puan Intan ngan Cik Yati datang dia kata rumah kitorang rumah mangsa banjir. (penat aku defend bilik tu tak bagi dorang tengok last-last bolos gak hihi)

Ade satu masa tu, time tu dak huda tengah goreng ikan apa tah nama dia yang jenis isi lembut tu. Dia tengah goreng dia pegi mandi, lepas tu leh lak dia mintak aku ngan dak pija tebalikan ikan tu. Mula-mula aku tebalikkan.. alamak hancur plak... bila passing kat pija, lagi hancur. dua-dua dah menggelabah. huda tengah mandi lagi. last-last ikan tu betul2 jadi hancur kami berdua dok depan tv sambil buat-buat tak tau. Huda keluar mandi je, dia menjerit "WOII hancor ikan aku!!!" hihii

Kalau pagi-pagi selalu konvoi gi kelas sama-sama. And paling takleh bla, semua-semua lambat pegi kelas. hihi..

Kitorang de satu buku kecik, nama buku tu BUKU KESALAHAN SEBUTAN DAN TATABAHASA. Rules buku tu, sesiapa yang salah sebut, salah cakap atau tersasul kene tulis kat buku tu.. Tak kira ar, waktu bila-bila even tengah klas pun tersasul kene gak tulis kat buku tu walaupun buku tu kat rumah tak kira kene gak catit perkataan yang salah sebut tu. hihi kelakar weh buku tu.. and ade perkataan yang aku tak lupa Sliding door = sliding dong atau Alor gajah = Alor gayah. bas transnational = tranditional hihi.. siap type dalam hf simpan kat draft nanti balik masuk lam buku tu. hihihi

Dulu lepas isyak je, kitorang ske lepak depan rumah main gitar sambil makan kacang..

Kitorang dulu ske main kejar-kejar kat taman tu..

Paling kelakar, waktu nak sidai baju waktu petang tu kitorang lari lintang pukang sebab nampak para ulama lalu depan rumah (hahah takut kene ceramah kot) kihkihkihkih

Oh..banyak lagi cerita aku tak ingat la plak.. erm, kalau ingat nanti aku update balik.




share this: facebook

7 Comments:

Blogger Redbloodsnow said...

masa mude² mmg sgt syorgaaa wooo. detik² yg x dot kte ulangi lagi..hikss

:D

25 February, 2010

 
Blogger Cik Buya said...

hihi tu la.. enjoy the moment.
sob sob sob.. nanti dah kawen takleh enjoy dengan rancak dah. :'(

25 February, 2010

 
Blogger atenzone said...

amboi, panjangnya kenangan dia.
hehe.

25 February, 2010

 
Blogger Cik Buya said...

mesti ar.. seronok tau.. T___T wenduuu

26 February, 2010

 
Anonymous Anonymous said...

gmbar aku xde pon!!!!
yela~

27 February, 2010

 
Blogger FizaExpression said...

wah...rindu dowh jaman2 kat klj kkjs lu...!!!best giler!!!!takleh lupe...ko wat aku tergelak smule bace n tgk mende yg ko post ni...
:)
is menyebok...
ko de gak tercatat kot...dlm kenangan ktorg mase klj lu.
cube nak usha betty n huda!wakakakaaa....klakar jek. :P

01 March, 2010

 
Blogger Cik Buya said...

hehe. tu ar aku nak cari apa tah kat cd gambar2 pastu terjumpa gamba2 lama tu yg tergerak nak post n citer kenangan2 kita. banyak gila.. aku dah hampir terlupa da. ni je yg aku de ingat skit2.. seronok betul la. windu nyer waktu tu..

iez, gambo ko ade tapi tak banyak kot.. kahkahkah.. iez memang nyebok. wuakakaka

01 March, 2010

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

back to top




HOME | LENSA HAYATI | FLICKR


Best view in CHROME




Dear Readers,
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, FAKER, copycater and any type of childish acts or BADWORDS HERE . you should leave message on my tagboard before you leave. you're allowed to enter this site anytime but if you do something BAD and I don't Like it. you should go go far away from my blog.


RESPECT is a must. Enjoy your stay and have fun!
Please leave your step by drop your comment or Just click here :


Thank You and Come Again!

Dan tolong jage Chiyo saye :)
Klik-klik please!

Profile♥


the unique one


Norhayati is : Trustworthy and loyal | Very passionate and dangerous | Wild at times | Knows how to have fun | Sexy and mysterious | Everyone is drawn towards her inner and outer beauty and independent personality | Playful, but secretive | Very emotional and temperamental sometimes | Meets new people easily and very social in a group | Fearless and independent.. Can hold their own | Stands out in a crowd | Essentially very smart..















I Have This :)
facebook


See my profile...


Heart

Buya <3 Buyo, Since **07
: 0504 : Our Pallet Of Love


leave ;] email/ym ;] Fotopages ;] Friendster ;]


Gossip♥


graphic addicts
[:


Likes♥

Suka menembak di waktu lapang ='D

D80 kini di tangan.. ;)

I Am Nikonian :D

My Gear


Friends♥



Games + Tutorial ::
funny-games
heavy-games
Maya 3D
HTML tutorial
HDR tutorial
IR

Harry Potter

Labels♥

  • Photoshop Tutorial
  • Information
  • Tag
  • Movie
  • Songs

  • Entries♥

    Recent Post

  • Gemparrr
  • Kenapa Kedinkyst? kenapa Buya?
  • Bas Panorama masuk Induk!!!
  • macam kanggarooo
  • It's over..
  • KL PHOTOAWARDS 2010
  • Lompat laaaaa
  • Farah's Happiest day!
  • ...
  • Yihaww..


  • Archives♥




    Others♥

    My Flickr



    JS Paintball

    My Parents + dakMOK!

    Me and My Parents

    My Parents




    Actually not a best student c(=


    Advertiser♥


    Saiz iklan anda adalah
    150 x 150

    Untuk sewa ruang iklan anda, sila emailkan kepada saya di kedinkyst87@gmail.com.

    Sewa iklan anda akan di letakkan setelah pembayaran diterima.

    **Tertakluk kepada syarat dan permintaan.