
"Bagaimanapun, nyanyuk bukan sebahagian drpd proses penuaan namun secara purata pesakit nyanyuk kerap berlaku pada warga emas yg berusia 65 tahun ke atas"
Nyanyuk atau istilah Inggerisnya dementia dikaitkan dgn lupa ingatan dan masalah ini kerap berlaku dikalangan warga emas. Dementia berasal drpd perkataan Latin iaitu 'de' bermaksud jauh (apart,away) dan 'mens' iaitu minda atau otak (mind)
Menurut pakar psikiatri Hospital Permai,Johor Bahru Dr. Norazam Harun,nyanyuk sejenis penyakit yg berkait rapat dgn usia, bersifat kekal, berlaku secara tidak disedari (perlahan) yang mengakibat masalah mudah lupa, berlaku perubahan personaliti & masalah tingkah laku dan masalah tingkah laku.
Terdapat beberapa ciri2 kenyanyukan iaitu kesukaran meningati sesuatu perkara terutamnya perkara baru, sukar mencari ayat/perkataan yg biasa ditutur (aphasia), susah mengenali sesuatu yg sebelumnya boleh dikenali (agnosia) seperti muka org atau sesuatu barang & sukar melakukan sesuatu aktiviti yg membabitkan pengunaan otot terutamnya otot kecil (apraxia) seperti membutang baju dan sebagainya.
Akibatnya, org yg mengalami kenyanyukan ini hilang kebolehan merancang, menyusun, melakukan kiraan & tumpuan seterusnya gagal melakukan tugasan yg dilakukan sebelumnya dan mengikut kes2 pesakit yg Dr ini sendiri kendalikan. Pesakit Dr ini tidak tahu yg mereka itu nyanyuk dan yg tahu ialah org disekeliling mereka.
Bagi nyanyuk peringkat awal, kesukaran seseorang mengingati seseuatu perkara yg baru dipelajari mungkin gejala awal.Bagaimanapun, nyanyuk bukan sebahagian drpd proses penuaan namun secara purata pesakit nyanyuk kerap berlaku pada warga emas yg berusia 65 tahun ke atas yg akan membabitkan kos penjagaan dari segi wang ringgit malah kesihatan dan emosi.
"Perlu diambil kira kesan tekanan emosi dan fizikal ke atas keluarga,penjaga & rakan penghidap penyakit nyanyuk ini."
"Dalam kajian didapati orang yang menjaga pesakit ini ialah pasangannya sendiri sama ada suami atau isteri. Ada kes isteri nyanyuk dijaga oleh suami yg sudah uzur dan mempunyai masalah ingatan. Anak- anak tak ambil peduli, mungkin kerana sibuk dgn tugas seharian",
tambah Dr Norazam."
Kebiasaanya org yg nyanyuk hanya mengingati perkara2 lama yg berlaku dlm hidup mereka. Orang-orang ini masih boleh menceritakan dgn jelas apa yg berlaku ke atas diri mereka berpuluh-puluh tahun lampau tetapi tidak dpt mengingati perkara baru yg mereka buat atau alami beberapa minit yg lalu.
"Ini ada kaitan dgn teori memori. Bila seseorang itu mempelajari sesauatu yg baru ia akan dihantar dlm bghn otak yg dinamakan Hipocampus (yg terlibat dlm proses memori) dan bila didaftarkan bhgn otak yg terlibat akan berubah membentuk satu template atau acuan. Template itu akan terbentuk dan tersimpan didalam Hipocampus & bila tersimpan didalam otak, dia boleh mengingati kembali bila diperlukan." jelas Dr Norazam
Menurut beliau masalah org nyanyuk ialah org itu tidak boleh membuat template baru kerana bilangan saraf otak yg sudah berkurangan. Apa yg ada hanyalah template lama sahaja. Oleh sebab itu mereka hanya boleh mengingati kisah lampau. Mengulas tentang otak manusia, beliau berkata saiz otak org dewasa sebesar kobis bersaiz sederhana dan berat otak antara 5~6 kg. Secara purata otak mengandungi 100 bilion saraf (neuron) dan 100 trilion sambungan saraf (synapse)
"Kajian yg pernah dijalankan ke atas otak org yg nyanyuk menunjukkan saiz otak mereka semakin mengecut kerana penghujung saraf yg telah reput dan mati. Nyanyuk berlaku akibat kehilangan dan kekurangan sambungan antara saraf didalam otak dan akhirnya menyebabkan kematian sel saraf otak. itu sebabnya mereka hanya boleh meningati perkara lama dan susah mengingati perkara baru. Terdapat pelbagai jenis rawatan utk masalah kenyanyukan ini termasuk rawatan perubatan dan makanan tambahan"
Sebelum boleh disahkan seseorang itu nyanyuk, kita perlu membuat kajian sama ada dia betul-betul nyanyuk. Ada org menjadi pelupa kerana penyakit perubatan lain seperti seperti penyakit kurang hormon thyroid, masalah jangkitan kuman didalam otak/badan atau akibat pengambilan alkohol berlebihan. Ada juga org yg sukar mengingat kerana dilanda kemurungan atau keresahan... Ini yg perlu dikaji dgn teliti.
"Umpamanya, org yg murung kalau kita tanya soalan dia akan berkata, dia letih atau tidak berminat utk menjawab soalan tetapi jika kita bertanya pada org yg nyanyuk dia akan cuba menjawab tetapi jawapan yg diberi itu kurang tepat. Ada pelbagai kaedah utk memastikan perkara ini dan Doktor akan menjalankan ujian CT scan kepala. Penyakit nyanyuk boleh dicegah. kata Dr Norazam yg penting mengamalkan gaya hidup yg sihat.
"Sentiasa cergas dan bersenam secara fizikal sama ada berjalan, jogging dan senaman ringan. Latihan minda seperti membaca, menghafal contohnya cuba mengingati tarikh, tempat, org sekeliling & melakukan teka silang kata & ikuti perkembangan semasa juga dpt membantu."
BACAAN ZIKIR YG BOLEH MEMULIHKAN PENYAKIT NYANYUK DAN PELUPA
SYEIKH Soleh al Ja'fari Imam masjid al Azhar: kami telah diajar semenjak 35 tahun lalu oleh Syeikh Ahmad Maraghah r.a kaedah utk menghafaz dan menghilangkan penyakit lupa. Iaitu, dengan cara meletakkan tangan di atas kepala setiap kali lepas sembahyang sambil membaca ayat ke 6 dari Surah A'laa sbyk 7 kali. Tolong cari sendiri dlm Al-Quran dan buat amalan inshaALLAH
Maksud ayat - "Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dpt membaca (Al-Quran yg diturunkan kpdmu dgn perantaraan Jibril) sehingga engkau (menghafznya dan) tidak lupa"

Labels: Info.
Jom layan artikel plak
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, 














My Parents + dakMOK!
Me and My Parents
My Parents
2 Comments:
nice artikel dear. sgt berguna ^_- winks
06 May, 2010
tenkiu kak zie..
06 May, 2010
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home