Ramai yang memberi pelbagai alasan kenapa mereke mengunjungi mekah. Bagi yang baru pertama kali hendak melangkah kaki ke sana, sudah tentulah ia menjadi satu tanggungjawab untuk menyempurnakan rukun islam yang kelima. Apa pun mengunjungi mekah tidak kira untuk beribadah atau melancong, ia amat digalakkan dalam islam.
KENAPA MEKAH?Ada sesuatu yang menarik perlu dikongsi bersama iaitu, mengapa Mekah dan Kaabah menjadi kiblat. Sebenarnya ia bukan sekadar arah kiblat ketika bersembahyang bagi umat Islam seluruh dunia tetapi lebih dari pada itu. Ia menjadi lebih menarik kerana Allah telah menyatakan perihal Kaabah di dalam al-Quran menerusi surah Al-Maa'idah, ayat 97 bermaksud, "Allah menjadikan Kaabah rumah yang mulia itu sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadah dan soal-soal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia dan binatang-binatang korban dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesunguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu semua orang ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada piring para bola untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
Kenapa begitu? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

ujarnya lagi, tidak hairan lah kalau seorang tua yang tidak boleh berjalan menjadi sihat dan boleh melakukan ibadah haji dengan sempurna walaupun berasak-asak dengan jemaah lain. Keadaan semula jadi Mekah yang menjadi pusat bumi itu telah memberikan tenaga luar biasa kepada manusia yang mengerjakan haji. Ketika tawaf mengelilingi Kaabah, tenaga seperti di cas semula dan mendapat kekuatan yang luar biasa. Ini kerana anda berada di tempat yang tidak ada tekanan magnetik.
Sudah jelas bukan, Mekah adalah tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya. Sebab itulah Air Telaga Zam-Zam tidak akan kering dan akan sentiasa membuak-buak keluar. Kalau dikira dari saiznya memang tidak masuk akal apabila ia boleh membekalkan air untuk berjuta-juta umat Islam yang menunaikan haji setiap tahun. Hanya tekanan graviti yang kuat saja boleh menyebabkan perkara itu berlaku. Kerana itu dalam Islam, banyak perkara yang kita lakukan perlu menghadap ke kiblat. Misalnya menyebelih haiwan ternakan pun mengarah ke kiblat, kematian dan banyak lagi perbuatan seharian yang mengarah kesana. Hanya satu saja yang tidak boleh menghadap ke Kiblat iaitu tandas atau ketika buang air.
Satu contoh terbaik yang boleh diberikan. Kenapa menyembelih binatang ternakan perlu disunatkan menghadap ke kiblat? Menurut kajian yang dijalankan darah yang keluar akan membawa sekali toksid, racun dan kolestrol. Hasilnya, daging menjadi manis dan sihat. Berbanding penyembelihan yang dilakukan tanpa mengambil kira arah kiblat yang akan menyebabkan daging menjadi lebam dan tidak sedap. Apa yang pasti, sedangkan urusan duniawi yang melibatkan hiburan pun perlu menghala ke Kaabah inikan pula hal yang melibatkan kerohanian.

MENGUKUR KETETAPAN PUSAT BUMI.
Pada tahun 1978 sekali lagi kajian dilakukan oleh Dr. Husain Kamaluddin yang pada mula menjalankan penyelidikan untuk menentukan arah kiblat bandar-bandar besar di dunia. Dia menjalankan penyelidikan selama dua tahun untuk mencari kedudukan yang tepat. Namun akhirnya di dalam pencarian itu dia berjaya membuktikan memang benar Mekah adalah pusat bumi..
Pengamatannya mendapati kedudukan Mekah di tengah-tengah antara tujuh benua dan jaraknya memang jelas. Hasil penyelidikan itu disiarkan di dalam The Egyptian Scholars of the Sun and Space Reseacrh Center. Beliau menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical triangle, untuk menentukan di tengah-tengah daratan bumi.
Itu bukti saintifik yang kedua berjaya dirakamkan, kemudian pada sekitar tahun 90-an, apabila teknologi angkasa lepas semakin canggih. Kedudukan Mekah lebih mudah dibuktikan sebagai pusat bumi apabila gambar-gambar satelit dirakamkan memberi keputusan yang sama.

Labels: Info.
Mekah
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, 














My Parents + dakMOK!
Me and My Parents
My Parents
1 Comments:
nice info~
09 September, 2010
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home