ok, sekarang ni kan.. kite sering sekali berhubung dengan orang guna laman web sosial yang skarang tengah hangat di pasaran. contohnye. Facebook, Twitter, Myspace and watsoever lagi lah kan yang ade.
tpi, konfident ke semua kawan yang ade dalam friendlist kita tu boleh dipercayai?? jadi.. dengan itu aku ade 9 tips untuk selamat bersoSIAL di laman web soSIAL sebegitu. (eh, perasan ke aku mencarut sat?? wakakaka)

Nak kasi korang pening sikit tengok picture neh HAHAHA!
ok, mai aku list kan 9 tips tersebut :
1. 'Setting' muka profil korang ke pilihan 'private'

ehe. de satu gambo je, malas la nak carik lagik. ihihi. k, dengan 'setting' ni hanya orang yang dalam friendlist korang je yang boleh tengok "up date" kat wall korang. Elakkan dari bagi alamat, atau nombor telepon yang lengkap.
2. Berhubunglah dengan kengkawan yang korang kenal je ataupun yang dah ada dalam list kawan-kawan korang.
sebenarnya, bukan saja sekadar lindungi diri korang dari kemungkinan diganggu oleh orang yang tak dikenali, malah ia juga akan melindungi korang dari serangan virus yang bleh rosakkan laptop atau pc korang.
3. Hindari memaparkan status atau foto yang boleh buat orang lain konfius atau salah anggap kat korang.
INGAT NI! profil korang boleh di acces oleh orang lain. so, dari mula lagi korang kene sedar sekalipun profile itu milik peribadi buat korang namun, profile tersebut bukannye satu daerah yang boleh diklasifikasikan sebagai 'PRIVATE'.
(macam lecturer IT sect aku cakap, kalau dah upload gambar atau video kat internet. Database tu tetap akan ada even korang dah delete pun. Contoh macam video ke gambar lucah ke yang korang upload kat profile korang, even korang private pon tetap boleh dapat. Hacker dah melambak wehh haha)
4. Jangan mudah percaya.
Ok. yang ni kengkadang selalu aku terkena.. memang cipet tol. sumber yang kite lihat atau baca jangan mudah sangat percaya tanpa usul periksa, tanpa siasat lanjut.. ingatlah, tak semua orang jujur macam kite. ececeh. haha
5. Dengan mengambil langkah berjaga-jaga sedari lah dari awal.
inilah nasihat penting utk korang.. sedarlah dari awal. sebab benda ni boleh lindungi diri korang dari pelbagai perkara negatif yang boleh menjejaskan diri korang. aku tak nak cakap lebih, tp korang fikirlah sendiri.. kalau ia pernah berlaku kat korang, jangan melenting nak salahkan orang lain. huhu
6. Tak salah accept kawan baru.
ini pun korang kene berhati-hati, takut kawan yang korang accept tu termasuk dalam kategori kawan yang dipanggil 'stalker' hih hih hih :P
7. Jangan buat 'status'...
hah. ini lah yang jadi masalah sekarang. Memang masalah kat aku. haha aku pernah laa dulu. ntahh le emosi sikit je tulis status. amendee laa. lepasni, aku taknak posting apa-apa dah(yeke?). jamban betul. dan, dari status yang ntah ape-apa tu lah kengkadang boleh buat orang tersinggung. orang salah faham. jangan pamerkan emosi anda pada status anda. jangan jadi seperti saya. (woaa ayat gempak dok! haha)
8. Jangan tunjok maklumat peribadi korang secara jelas.
ini akan memungkinkan orang lain akan guna korang punya identiti. kalau tak elok, dorang gunakan identiti korang kepada perkara yang tak baik. lagi teruk uh!
9. Jangan kongsi masalah peribadi.
Ok. camni, tang ni.. jangan la sesekali memaparkan masalah peribadi korang sebagai bahan perbualan umum. Jangan sekali kali paparkan tentang apa jua masalah peribadi yang sedang korang alami di ruang status korang. yelah. nanti at last, korang jugak yang malu nanti.. umpama "membuka pekong di dada sendiri".
okie,, itu sajalah tips yang ade.. heh heh sumber dari Majalah Remaja.. ngee tengkiu remaja :D

Labels: Info.
Cara nak sosial.
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, 














My Parents + dakMOK!
Me and My Parents
My Parents
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home