<body>
NO LEFT CLICK!!! :P
Tip...s
December 07, 2010

Aku find this tips kat satu website ni, Tips Temuduga untuk Designer. Designer pun ade temuduga jugak okeh. bukan macam temuduga biasa-biasa je, Designer adalah satu jawatan yang berkaitan dengan kemahiran seni dan kemahiran komunikasi (secara visual). Jadi, calon hendaklah ‘mempersembahkan’ elemen ini semasa temuduga. kalau untuk designer pasti kene bawak portfolio. Itu sudah pasti.. selain dari itu juga, ade beberapa etika yang perlu ada semasa interview.

Di sini, web tu sertakan perkara-perkara yang tidak berkenan ketika hadir untuk temuduga:

  1. Masuk tanpa menyapa dan bersalam – menunjukkan tiada susila.
  2. Pakaian terlalu selekeh – designer senang kata ade stylo sikit kan?
  3. Duduk tidak sopan – kaki bersilang, siku atas meja, duduk senget (tidak menghadap penemuduga).
  4. Tanya sepatah, jawab sepatah – habis cepatlah jawabnya sesi tersebut.
  5. Terlalu banyak cakap – macam terlebih pandai, nak jadi designer ke nak jadi salesman?
  6. Tak bawa resume – jangan jadikan alasan “Saya dah hantarkan hari tu?”
  7. Resume yang tebal – penuh dengan exam results, senarai subjek dan kursus, yang tidak berkenaan.
  8. Tak bawa hasil kerja – portfolio ni penting ooo.
  9. ‘Pinjam’ hasil kerja orang lain – pendek kata, cuba menipu!

hah, itu la benda yang tak elok untuk dilakukan bagi seorang designer. Perkara ke-9 tu highlight sikit.. tak baik menipu oo. Actually, aku pernah sekali interview kerja jadi designer.. tapi waktu tu aku apply kat company En. Hazal.Warisan HN dulu tu hah... but that time, portfolio aku tu kertas biasa je. yang macam fail.. ade binding tu. but now.. i guess aku dah kene angkut mocking board aku tu kot.. eh eh, ataupun, aku leh wat dalam bentuk .html kan? macam miss sera punya tu. leh input audio and video sekali. yeh yeh.. baik kata miss sera.


"Go sell yourself! show them what the best you can do!"

Omaigodd.. rindu gaban kat miss sera! Cat Iconsokie..

now, ini dia tips-tips yang diberi dari website tersebut...

  1. Bila masuk ke bilik temuduga, berilah ucapan salam dan berjabat tangan. (jika sesuai dan perlu lah)
  2. Waktu jabat tangan tu, jabat betul-betul.. kuat tak kuat sangat.. tapi tunjukkan yang kita yakin diri semasa bersalam dengan mereka. Bagi diorang yakin dengan kedatangan kita tu.
  3. Molek betul kalau kau ade bisness card yang kau design cantik-cantik, cantik tapi baik, ringkas dan mudah untuk diingati (unik dan special). Kata tengah jual diri kan.. hehe *terok giler ayat!
  4. Ini penting! kalau ade email address.. jangan gunakan email-email address seperti ini, [sexykinky@, hotstud@, jiwa_sengsara@, suci_dalam_debu@, cuteboyboy@, orked_loves_jason@,smooth_gigolo@, handsome_ahbeng@ahmoi.com]
  5. Bawa pen dan kertas. i mean, buku nota kecil or organizer supaya kau boleh catat sebarang peringatan yang interviewer mintak, atau suruh.. atau apa-apa benda penting yang dapat membantu temuduga kau tu berjalan dengan lancar. Lagi satu, kasi tunjuk sikit kat interviewer tu anda seorang yang terurus. cehh.
  6. Apabila disuruh menceritakan tentang latarbelakang kau, sila lah cakap dengan jelas.. mudah difahami dan bukan cerita rekaan ye. Macam lecturer Tech Comp aku kata.. tak payah cerita panjang lebar pasal diri kau, orang tu cuma nak lihat cara kau bercakap sahaja. lagi bagus kalau kau perkenalkan ciri-ciri terbaik dalam diri kau pada diorang.. sebagai contoh kau cakap macamni, "saya seorang yang menepati masa dan tidak suka bekerja dikalangan orang-orang yang suka melengah-lengahkan masa" wOw WoW! mantoppp. hahaha. jangan kau pulak yang melengah-lengah masa sudah..
  7. Jangan sesekali LUPA untuk bawak portfolio kau tu.. tak payah bawak semua. cukuplah kau pilih mana yang TERBAIK dan susun elok-elok, cantik-cantik. kalau leh letak yang paling terbaik artwork kau tu kat belah depan.. so nanti, interviewer tu senang ingat kat kau. jatuh cinta terus woo. hakhak.
  8. Kalau leh bawak skecth book korang tu.. interviewer pun nak tahu gak camane proses korang kuarkan idea-idea bernas korang tu.. ataupun, nak pastikan yang korang ni tak curik idea orang. hehe.. huduh la, aku tak reti lukis woo.. takpe. letakk aje!
  9. Bawak resume jugak, walaupun dah bagi kat orang interview tu, tapi bawak je.. masa last-last interview tu bagi lagi sekali kot-kot diorang nak salinan resume tu lagi ke kan..
  10. Jangan letak perkara-perkara yang tak berkenaan dalam resume korang tu. contohnya result exam, senarai subjek dan kerja-kerja part-time yang takde kaitan untuk temuduga tu. sebab interviewer tu taknak tahu pun.. lainlah kalau kau cakap kau pernah praktikal kat 'lescopaque' kan.. wahh wahh. tahniah kak theehehee ;D
  11. Huh.. pastikan korang bercakap dengan penuh yakin dan tunjukkan yang korang betul-betul nak kan jawatan tu. badan tegak! suara lantang.. kasi mantap sikit cakap.. jangan sasul-sasul macam aku ye. -_-
  12. sediakan soalan-soalan yang hendak ditanya kepada interviewer.. cukuplah 5 atau 6. aku pun tak tahu nak tanya apa kat interviewer tu. haha ni baru tahu ni.. urm.. nak tanye pe ar? kene fikir dari sekarang ni. adeh
  13. Terlalu yakin juga kadangkala ‘membunuh’. Jika jawatan yang diminta itu adalah Senior Graphic Designer atau Art Director mungkin ‘terlalu yakin’ itu perlu ditunjukkan. Kerana jawatan itu ada kaitan dengan mengurus.. --> macamana plak ni? haha.. jangan confident sangat kot. takut tak jawatan tu kecik je. ehe.
  14. Minta kad bisnes penemuduga. Selepas balik daripada temuduga, email mereka dengan ucapan terima kasih atas temuduga tadi. Pastikan anda gunakan nama penuh anda atau identiti yang sama seperti di dalam kad bisnes anda. --> jangan lebih-lebih pulak sampai siap nak belanja makan ye.. iish iish tak patot. kalau dah dapat kerja boleh kot. hahaha

Ingat! Tidak semua graduan design adalah layak! Sesetengah orang berpendapatan, 80% daripadanya adalah ‘crap!‘. Ini belum lagi mengambil kira resume yang syarikat terima yang datang daripada entah siapa-siapa. Contohnya, untuk jawatan designer tetapi ada yang tidak berkenaan cuba juga meminta. Kalau bernasib baik, mereka akan dipanggil untuk temuduga, tetapi maaf nak katalah sekiranya mereka hanya ‘cuba menembak nasib’, hasilnya masa mereka juga akan terbuang.

Akhir sekali, tuah juga mungkin memainkan peranan. Tapi yang penting ialah bersiap sedia untuk memasarkan diri anda.


Selamat berjaya!
Imran – Sifoo.com

Artikel oleh www.sifoo.com

Diolah oleh Hayati.My Cat Icon




Labels:


share this: facebook

3 Comments:

Blogger Redbloodsnow said...

nice tips!

08 December, 2010

 
Blogger e ja r t punye e j a r t suke said...

kalo database camner?

09 December, 2010

 
Blogger Cik Buya said...

database ko kene bawak cpu la kot. hikhikhik

09 December, 2010

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

back to top




HOME | LENSA HAYATI | FLICKR


Best view in CHROME




Dear Readers,
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, FAKER, copycater and any type of childish acts or BADWORDS HERE . you should leave message on my tagboard before you leave. you're allowed to enter this site anytime but if you do something BAD and I don't Like it. you should go go far away from my blog.


RESPECT is a must. Enjoy your stay and have fun!
Please leave your step by drop your comment or Just click here :


Thank You and Come Again!

Dan tolong jage Chiyo saye :)
Klik-klik please!

Profile♥


the unique one


Norhayati is : Trustworthy and loyal | Very passionate and dangerous | Wild at times | Knows how to have fun | Sexy and mysterious | Everyone is drawn towards her inner and outer beauty and independent personality | Playful, but secretive | Very emotional and temperamental sometimes | Meets new people easily and very social in a group | Fearless and independent.. Can hold their own | Stands out in a crowd | Essentially very smart..















I Have This :)
facebook


See my profile...


Heart

Buya <3 Buyo, Since **07
: 0504 : Our Pallet Of Love


leave ;] email/ym ;] Fotopages ;] Friendster ;]


Gossip♥


graphic addicts
[:


Likes♥

Suka menembak di waktu lapang ='D

D80 kini di tangan.. ;)

I Am Nikonian :D

My Gear


Friends♥



Games + Tutorial ::
funny-games
heavy-games
Maya 3D
HTML tutorial
HDR tutorial
IR

Harry Potter

Labels♥

  • Photoshop Tutorial
  • Information
  • Tag
  • Movie
  • Songs

  • Entries♥

    Recent Post

  • Salam Maal Hijrah
  • rambut panjang!
  • Lari...
  • Julap.. huh
  • Siap sudah.
  • wanita ni..
  • miahkakakakaaahh
  • Mata
  • Severus Snape plak.
  • James Potter and Lily Potter.


  • Archives♥




    Others♥

    My Flickr



    JS Paintball

    My Parents + dakMOK!

    Me and My Parents

    My Parents




    Actually not a best student c(=


    Advertiser♥


    Saiz iklan anda adalah
    150 x 150

    Untuk sewa ruang iklan anda, sila emailkan kepada saya di kedinkyst87@gmail.com.

    Sewa iklan anda akan di letakkan setelah pembayaran diterima.

    **Tertakluk kepada syarat dan permintaan.