korang setuju tak dengan tajuk entry aku kali ni?? kalau setuju sila tepuk tangan.
aha aha.. hurm, ok secara jujur nya aku nak kata.aku pun anak last..mebi dimanjakan juga
tapi ibu aku tak pernah nak biarkan aku tak reti buat satu keje pun. huhu aku ni kan boyish sket
masa zaman2 kanak-kanak aku. plus, ibu aku selalu membebel kat aku. aarghh jadi tension aku..last2 kuar umah kayuh beskal round2. (cam hampeh je kan??) saboo je ibu aku time tu. aahaha. aku paling nyampah dok kat dapur sampai skarang pun. **tak suke nak lorat2 kat dapur ah!* hehe.. tapi sikit2 ade la. (bukannyer aku tak reti masak langsung!!) sampai aku besar, aku ske 'bergantung' pada orang. aku tak tau ler apa aku nak jadi time tu. bila aku clash ngan boy dulu dia bagitau aku camni "cuk,kadang2 kan cuk takleh idop bergantung sangat kat orang" haha buduhnyer aku time tu ek?,tak paham tapi boy lagi bodoh!! haha emosi plak.. takde ah. bukan nak ubah aku. tak suke bla camtu je. *memang pangai dia pun cam vavi!* tapi aku memang bersyukur sangat-sangat sebab aku terima buyo ni. dia lah ubah segala cara pemikiran aku n blabla..so nak kata aku perfect sangat tekdelah tapi aku dah mampu lah cari penyelesaian dari segala masalah. buyo kata "masalah tu ko yang cari sendiri!" ehehe. hm..so, semakin menigkat usia kalau leh aku nak mantapkan lagi ilmu didada aku ni. walaupun ram pale otak aku ni takdelah laju sangat. slow gak hehe tapi aku akan try!! aku bukan nak citer pasal diri aku je ni skarang..sebenarnya aku nak tujukan tajuk entry aku ni kat abang sedara aku yang buduh lagi bengap tu!! *bapak kepada Hanis* aku bukan sengaja nak kutuk2 tak tentu pasal. aku balik cuti ni je dah macam-macam cite aku dengar dari ibu. aku lak macam-macam citer aku citer kat ibu. aku nangis bila fikirkan masa depan anak-anak sedara aku ni. aku sayang sangat2 kat dua budak gemok ni. tapi malang betul bapak dia masih lagi tak leh berdikari, takleh fikir..pemalas!! bodoh berlagak pandai. camni la.. dah la menyusahkan bini. maklong aku pun sama je dua kali lima. aku penah luahkan pasal dorang ni kat entry aku yang lepas. maklong ngan arwah paklong aku ni memang memanjakan abang sedara aku ni melampau2.. tengok la anak sulung korang dah besar jadi per?? patutnya makin menigkat usia makin bawa contoh yang baik tapi ni tidak!! akak sedara aku tu tengah dok fikir nak bayar duit air ngan duit api sampai RM300 lebih. mana pergi tanggungjawab ko ni gemok!!! aku bukan nak buruk2kan tapi nak citer kat korang bagi pengajaran. dulu aku tak terasa camni nyer tekanan+sedih dan macam2 lagi sebab masa maklong aku ade bisnes kat singapore dulu..time duit ngah masyuk tak ingat susah. ade duit belanja orang je. skarang dah terasa bila dah takde duit satu sen. sampai kan duit cucu dia pun nak abeskan. ibu aku ler yang simpankan duit dua beradik ni. sampai kak yati aku cakap suh diam2 kan pasal buku bank tu. teruk betul la..duit tu sume untuk masa depan cucu-cucu ko jugak. kalau dah sume ko pakai cucu ko nak tinggalkan ape?? uish..aku doakan aku taknak jadi seorang nenek yang macam ni. lagi skali aku pesan.. "menabungler waktu berada ok!" aku pun bukanler penabung sangat tapi dalam bank ade gak duit beratus-ratus. haha. *bukan nak berlagak eh tapi patut ada buku bank berisi duit* aku tak tau la apa perasaan kak yati skarang ni. aku tau dia pun tengah tension..tensio giler2. aku doakan dak hanis tu dengar kata umiq dia jangan degil2. aku doakan kak yati aku tu tabah dan kuat. aku takut..aku takut bila dia dah tak tahan tinggalkan sume2. memang la padan muka kat laki dia. tapi akan ade effect nya kat aku, ibu aku..sume orang ah. kalau lah aku dah bekerja time ni, inshallah aku nak tolong kak yati aku..aku nak sponsor anak sedara aku ni. tapi aku skarang pun study tak abes lagi. nak tolong pun tak mampu cuma dapat bagi kata-kata semnagat je kat akak sedara aku sorang tu.
kalau korang nak tau nape aku sayang sangat kat dua beradik tembam tu. yang sulung tu lah kekuatan aku nak bangkit balik. masa boy vavi tu wat sial, aku pernah buat benda yang amat bodoh dalam dunia ni. ibu ngan baba aku takde rumah time tu. aku pernah terdetik nak wat bende bodoh ni masa aku letakkan pisau yang tajam tu kat pergelangan tangan aku.. sanggup aku nak cederakan diri aku ni ek?? bila aku dah taknak fikir ape-ape tu aku dengar suara Hanis panggil nama aku. aku tersedar dari lamunan aku campak pisau tu aku lari cari dia kat hall rumah. ya allah.. kalau dia lambat time tu aku dah takde lagi kan? mebi buyo pun tak kenal aku lagi. tapi dari sejak tu dua budak debab tu ler segalanya bagi aku. semangat aku yang patah tu tumbuh balik. aku dah kembali ceria. haha.. lepas tu yang aku usha dak wan selenge ni. tapi waktu aku ngan wan ni cam dah surut je..dia lak makin lama tunjuk perangai dia hah tanpa buang masa aku patahkan sim card aku tukar nombor baru. dah malas aku ah asek kene tipu je ngn jantan. padan muka ko kan! haha.. dah dah.. tukar topic lain plak wey~
huhu, pastu plak aku ada satu mak sedara aku ni..tinggal depan umah kak sedara aku. dia ni la stu perangai sial dia suke amek kesempatan. kesempatan melampau2 ah. pergh.bulan2 pose ni aku ngutuk orang kan? ya allah ampunkan aku lagi skali. hee bukan ler ape..dia ni tak de timbang rasa langsung weh. dulu masa maklong aku ni berduit leh la wat camni. dia wat ape? camni eh aku citer..maklong aku ni waktu dia berduit dia suke bawak orang berbelanja. contoh cam gi shopping ke,gi pasar ke kan. pastu plak si mak mah ni, *ni ler sedara yang takde hati perut nyer orang* "kak eton, sipolan ni suke makan udang amah amek sekilo eh?", lebih kurang camtu ah.. barang2 dia sume fully maklong aku ni bayar..*tak kisah dah time tu* sampai skarang pun cam pundek lagi pangai si mak mah ni. aritu kak yati cite, maklong takde umah dia call ibu tanya ibu kata tak tau dia takde kat sini pun. last2 dapat tau maklong aku ni gi mydin dengan mak mah ni *anak2 dia bawak le* esok tu gi family store. ntah apa yang orang tua ni dok ngendeng ngan maklong aku lagi tak tau ler. cam sial je perangai kan? padahal dah tua tu leh pk tapi dah takde akal tak kira orang tu berduit ke tak berduit ke janji hati ko senang melampau2 kan?. pergh..mintak kan ler aku tak bagi contoh buruk ni kat anak cucu aku nanti. selama aku membesar ni takde plak aku dengar dia nk belanja maklong aku ni makan kat hotel ke apa ke kan. ko sudah2 ler..anak2 ko sume dah keje dah bley bagi duit kat ko tiap2 bulan takkan ngan maklong aku lagi ko nak sebat. pergh..memang cam baruah betul la. benci betul aku kat dia ni. kalau dia ade kat umah maklong aku aku salam tapi kalau pape hal memang aku takde bercakap pun ngan dia. nyampah doe tgk orang cam ni. muka rileks je takde pape. *manalah ko nak rasa bersalah kan? bukan ko yang susah* eee..benci!!!!
bila skarang ni maklong aku dah susah,bila gi pasar tu kan? bila beli udang sekilo. ikan parang ke apa ke berbelas ringgit sekilo mula lah terasa "mahal eh" padahal beli benda makan tu nak bagi orang..bukan bagi orang pun nak belanja orang makan. hah..baru ko tau barang2 skarang ni dah mahal2. tu ler padahnyer bila tak ingat kat rezeki allah bagi ni. duhh..letih betul la.kalau nak citerkan pasal mereka ni berpuluh2 entry pun takkan abes.. hai ya allah.. ko tabahkanlah kak yati ni..kuatkanlah semangat beliau..beri la keselamatan dan kesihatan kepada dia ya allah. hindari la dia dari segala musibah yang dasyat dari menimpa dia ya allah..aku memohon dari mu..
p/s: aku ade lagi sorang yang masih lagi bergantung kat orang..semua benda masih lagi nak minta bantuan orang. kadang-kadang bukan aku tak cakap..tak bagitau tapi aku tak rasa diterima ke tak kata-kata aku. tapi bila aku dah geram aku tertinggi suara mula lah nak touching, melalak..tapi tak pernah sekali berfikir, "kenapa orang buat aku camni?" kalau leh aku taknak fikirkan sume tu tapi hmm berat mata memandang berat lagi bahu memikul..bila dah ditimpa masalah bukan taknak ditolong tapi tah la. bila dah ditolong masih lagi melakukan benda yang sama. padahal dah belajar..tension ah aku camni, takkan semua benda..semua perkara yang aku buat nak bagitau semua? ubahlah permikiran anda tu..setiap hari memikirkan masalah sendiri yang tak disettlekan sendiri..makin lama air muka pun dah takde..aku kesian kat dia tapi aku leh buat apa? bukan taknak tolong padahal dah tegur dah nasihat dah itu dah ini tapi tah la..dia sendiri taknak tolong diri dia..apa aku mampu lakukan lagi? dah bosan nak ulang benda yang sama dah.
Labels: Kisah Tauladan

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya..
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah
kepada saya?
Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda:Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda:Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda :Ya!
Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda :Saya tidak boleh.
Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak..
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
p/s: selagi pintu taubat masih terbuka...bertaubat la wahai kaum-kaum adam dan hawa sekalian. sesungguhnya..para rasul dan nabi kita tak pernah berhenti memohon keampunan allah utk kita semua. sedangkan..kita masih lagi leka dan alpa dengan duniawi..semakin hilang kasih sayang..semakin hilang perikemanusiaan..semakin hilang harga dan maruah diri..bangkitalah wahai umat-umah nabi muhamad sekalian!
Labels: Kisah Tauladan
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan Satu kena rogol beramai-ramai Tinggal lagi Sembilan.
“Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?”
“Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki … tiga empat orang “
“Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami.”
“Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri.”
“Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita.”
“Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?”
“Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital . Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?”
“Kenal abah “
“Berapa orang ?”
“Empat “
“Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?”
“Seorang saja yang lain tidak tahu.”
“Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report!"
“Huuuuu dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! “
“Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut,tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!”
“Baju kita ini pun nampak pusat juga!”
“Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat.”
9 Puteri Tak Dilindungi BulanBerpesta seks - video lucah di apartmen Satu sempat dicekup pencegah maksiat Tinggal lagi lapan.
“Hah! Padan muka si Saman tu megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!”
“Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji.”
“Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macamtu . Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang.”
“Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!”
“Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.”
“Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!”
8 Puteri Tak Dilindungi Bulan Pergi ke konsert Jom Heboh Satu hilang ikut jantan Tinggal lagi tujuh.
“Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik ni. saya runsing sangat!”
“Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah dimana lagi !”
“Esok saya nak pergi jumpa bomoh tentu bomoh tahu. “
“Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap hari bulan, syirik .”
“Habis ?”
“Kita tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah.”
7 Puteri Tak Dilindungi Bulan Jadi GRO di Kelab Nilam Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh Tinggal lagi enam.
“Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!”
“Dunia sekarang memang kejam, puan anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?”
“Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik .”“Dia kerja apa di KL, tu?”
“Katanya pegawai eksekutif syarikat .”
“Syarikat apa, puan?”
“Kalau tak silap syarikat import eksport katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar bosnya baik selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali.”
“Oh?”
6 Puteri Tak Dilindungi Bulan Berpesta arak dan karaoke di kota Satu terus jadi pelacur Tinggal lagi lima.
“Hei anak bertuah! Kau tengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?”
“Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?”
“Kau cakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?”
“Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?”
“Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!”
“Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah?Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?”
“Dia tu bekerja, bukan?”
“Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?”
5 Puteri Tak Dilindungi Bulan Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap Tinggal lagi empat.
“Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. YangBerhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica!Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buatapa lagi untuk membebaskan anak kami.”
“Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil !Lagipun dia ditahan di Jamaica… ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia.”
“Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena naya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?”
“Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu.”
4 Puteri Tak Dilindungi Bulan Bercinta dengan Mat Hitam Uganda Satu sudah murtad hendak kahwin Tinggal lagi tiga.
“Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?”
“Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!”
“Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?”
“Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline.”
“Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!”
Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api!Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!”
“Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?”
“Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!”
“Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?”
“Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi.”
“Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?”
“Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!”
“Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?”
“Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas dibelakang, tu.”
Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!
“Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!”
“Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!”
“Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!”
“Ah, ada yang parah nampaknya satu lagi nampak okey .”
“Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?”
“Bawa kawan saya keluar dulu, saya okey. Saya boleh keluar sendiri.”
“Mari kita angkat dia ramai-ramai jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini.”
“Aaaarrrrgggg aaarrrrgggg ..”
“Masni.. Mas.. Mas mengucap mengucap Mas .”
“Aaarrrggg aaarrrggg .”
“Mengucap Mas ikut saya, mengucap … Laaa ilaaa haillallah Laaaailaaa haillallah .”
“Laaaa ilaaaa .”
“Kata, Laaa ilaaa haillallah Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .”
“Laaa ilaaa .”
“Massss sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss sebut Laaailaaa haillallah.”
“Dia sudah tidak ada lagi dek “
“Masss sebut Laaa ilaaa haillallah Masss sebut”
“Dia dah tak ada, dek dah tak ada lagi !”
“Ah, Mas Mas mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss Laaa ilaaa,
tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan !”
“Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?”
“… Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agamaIslam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasa lah amal usahanya (yang baik) di dunia dan diakhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”(Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)
“Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan ” (Kamus PengetahuanIslam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976,hal.238)
3 Puteri Tak Dilindungi Bulan Terjebak dengan kumpulan bohsia Satu ditangkap bunuh bayinya Tinggal lagi dua.
“Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu.Padan muka sudah kena tangkap.”
“Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah .”
“Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia.”
“Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi.”
2 Puteri Tak Dilindungi Bulan Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu Satu mati eksiden ketika lumba haram Tinggal lagi satu.
“Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! “
“Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit,jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?”
“Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi.Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!”
“Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk disitu sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi.Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja.Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!”
1 Puteri Tak Dilindungi Bulan Sangat-sangat susah hati Termenung-menung seorang diri Bagai ayam mabuk tahi Rasa hidup sunyi sepi Berkurung dalam bilik setiap hari Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini Lalu terjun dari pangsapuri Langsung diapun mati
“Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam.Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)
Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.
Labels: Kisah Tauladan