<body>
NO LEFT CLICK!!! :P
Saya Sayang Ibu
May 22, 2008

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang
baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak
kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih
merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya
berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar
tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si
ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa
kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih
berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu
normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada
cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam
persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek
rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada
si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan
pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia
muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai
jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,
si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus
memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu
doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma,"
kata pakar bedah. Bermulalah suatu
pencarian bagi mencari penderma yang sanggup
berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini.
Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang pender! ma,
tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,"
kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul
sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya
tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap
dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup
seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan
tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu
siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas
jasanya,"
kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin,"
balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil
ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi
rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak
berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah
menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat
kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si
ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa
pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada
ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah
ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun
kenalannya."

Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang
dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan
tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium
tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan
senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka,
kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI
BAWAH TELAPAK KAKI IBU",
penyesalan di kemudian hari
tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh
kasih sayang kepadanya..

"Saya Sayang Ibu"

Labels:


share this: facebook
back to top




Ulangtahun kami ='D
April 17, 2008

Huhu..Bestnyer dan leganya dapat banje buyol mam kat restorant kegemaran die.
ngeee..best weh..korang try ar johny. lagi best dari makan kat hotel.
huhuhu...igtkan taknak makan dulu sebab masing - masing tak lapar lagi.
pastu leh lak die jenjalan kat depan restoran ni. hehe. aku pon baru dapat gaji time tu kan.
masuk je la..tapi gambar tak berapa cantik la sebab guna camera hf. nyesal tak bawak digital camera aku tu..uwaaa

Labels:


share this: facebook
back to top




For U my Lord
March 08, 2008

Cinta ku tak berdusta
Tak mengenal lingkar
Tak kenal nustapa cinta ku hanya indah
Hanya bahagia
Untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasih ku
Mencintai mu Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis Hanya tulusnya hati Mencintai mu
Tak mengenal lagu Keyakinan hati ku
Hanya untuk dirimu Selalu...
Cinta ku tak berdusta
Tak mengenal lingkar
Tak kenal nustapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia
Untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasih mu
Mencintai mu Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis Hanya tulusnya hati Mencintai mu
Tak mengenal lagu Keyakinan hati ku
Hanya untuk dirimu Selalu...
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasih ku
Mencintai mu Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis Hanya tulusnya hati Mencintai mu
Tak mengenal lagu Keyakinan hati ku
Hanya untuk dirimu Selalu...
Alhamdullilah..terima kasih ya Allah kerana menemukan aku dengan dia.
kekalkan kami hingga ke akhir hayat dan ke alam syurga.

Labels:


share this: facebook
back to top




kisah kasih sayang
February 28, 2008

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatankamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahankamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawakeluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat....."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerjadan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukuptersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apaorang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadispakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil danserpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerjakeras." Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. " Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juru acara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakaikasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Diaberjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
Barangsiapa yang banyak bicara,maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya,bererti dia tidak wara',sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Labels:


share this: facebook
back to top




HOME | LENSA HAYATI | FLICKR


Best view in CHROME




Dear Readers,
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, FAKER, copycater and any type of childish acts or BADWORDS HERE . you should leave message on my tagboard before you leave. you're allowed to enter this site anytime but if you do something BAD and I don't Like it. you should go go far away from my blog.


RESPECT is a must. Enjoy your stay and have fun!
Please leave your step by drop your comment or Just click here :


Thank You and Come Again!

Dan tolong jage Chiyo saye :)
Klik-klik please!

Profile♥


the unique one


Norhayati is : Trustworthy and loyal | Very passionate and dangerous | Wild at times | Knows how to have fun | Sexy and mysterious | Everyone is drawn towards her inner and outer beauty and independent personality | Playful, but secretive | Very emotional and temperamental sometimes | Meets new people easily and very social in a group | Fearless and independent.. Can hold their own | Stands out in a crowd | Essentially very smart..















I Have This :)
facebook


See my profile...


Heart

Buya <3 Buyo, Since **07
: 0504 : Our Pallet Of Love


leave ;] email/ym ;] Fotopages ;] Friendster ;]


Gossip♥


graphic addicts
[:


Likes♥

Suka menembak di waktu lapang ='D

D80 kini di tangan.. ;)

I Am Nikonian :D

My Gear


Friends♥



Games + Tutorial ::
funny-games
heavy-games
Maya 3D
HTML tutorial
HDR tutorial
IR

Harry Potter

Labels♥

  • Photoshop Tutorial
  • Information
  • Tag
  • Movie
  • Songs

  • Entries♥

    Recent Post

  • Once again, gambar kat atas ni ditempek lagi kat s...
  • Today, it's been 5 years yaw..Terima Kasih ya alla...
  • update!
  • Ended here.
  • Ended here.
  • Aku yang tak perfect.
  • HDR yg tak seberapa.
  • apo nak jadi?
  • Joke
  • Dunia semata-mata.


  • Archives♥




    Others♥

    My Flickr



    JS Paintball

    My Parents + dakMOK!

    Me and My Parents

    My Parents




    Actually not a best student c(=


    Advertiser♥


    Saiz iklan anda adalah
    150 x 150

    Untuk sewa ruang iklan anda, sila emailkan kepada saya di kedinkyst87@gmail.com.

    Sewa iklan anda akan di letakkan setelah pembayaran diterima.

    **Tertakluk kepada syarat dan permintaan.