<body>
NO LEFT CLICK!!! :P
10 Tips Praktikal Jimatkan Duit Dengan Mudah
March 19, 2010

Betapa pentingnya kita hargai duit kerana ia adalah rezeki tuhan yang perlu diurus dengan baik tanpa perlu membazir.. (Bukan ayat aku) ye betul.. takde duit kita tak pat makan, tak pat shopping, tak pat beli SLR, tak pat beli laptop dan sebagainya. Dan di sini saya nak share sikit tips2 penjagaan eh eh silap.. praktikal jimatkan duit dengan mudah ye.

  1. Amalkan taktik minta diskaun atau runding harga (negotiate) apabila beli barang fizikal di mana-mana tempat yang sesuai. Tak salah mencuba, jika dapat diskaun dan harga lebih rendah dari yang asal maka ia merupakan satu bonus keuntungan pada kita. Bawa balik barang dengan harga rendah dan kemudian boleh jualnya kembali dengan harga yang lebih baik. Apapun teknik minta diskaun atau runding harga ini boleh diamalkan untuk kebaikan kita semua.
  2. Menggunakan online coupon dalam membeli secara online di Internet. Bagi mereka yang suka online shopping ni boleh guna pelbagai mcm jenis kupon di Retailmenot.Com , DailyDeals.Com , MyCoupons.Com dan sebagainya.
  3. Beli barang sewaktu promosi awal atau bersifat seasonal. Ini penting sewaktu kita nak beli produk di musim promosi perayaan. Misalnya sewaktu Mega Sale Malaysia mempunyai banyak barang diberi potongan harga sehingga 70% di tempat terpilih seperti di Sogo, Jusco, Parkson, Carrefour dan sebagainya.
  4. Jimat bil elektrik dengan menggunakan monitor lcd crystal/plasma (nipis) berbanding monitor crt (shotgun) yang menggunakan banyak kuasa. Sila 'unplug' atau tanggalkan semua plug barangan elektrik (tv, pc, laptop, charger etc) apabila keluar rumah atau semasa barangan elektrik tidak digunakan dan ini boleh menjimatkan 2% atau sehingga
    RM100.00 setahun. (hurm.. ibu tak tercapai lagi nak tv plasma tu)
  5. Jimat penggunaan petrol kereta anda dengan memastikan tayar kereta sentiasa mempunyai tekanan angin yang cukup setiap minggu dan ini mampu menjimatkan gas mileage sehingga 2% atau boleh juga kurangkan penggunaan aircond jika perlu. Boleh juga mencuba pengangkutan awam (bas + lrt + monorail) sekali sekala untuk elakkan jalan yang sesak, bayaran parking yang mahal serta lain-lain. Bagi yang ada motosikal atau basikal juga digalakkan guna seoptimum mungkin jika ianya praktikal dari segi masa, kos & tenaga.
  6. Jimat duit dengan menggunakan barangan second hand atau lelong. Ini cukup
    praktikal memandangkan sudah banyak web berkaitan lelong atau jual barangan second hand dengan harga yang amat murah. Boleh cuba di Mudah.My atau di Lelong.Com.My yang banyak menyediakan list senarai barangan hangat seperti hp, jam, game ps2/3 , wii, xbox, buku serta lain-lain yang amat menarik. Walau bagaimanapun berhati-hati semasa membuat pembelian online pastikan reputasi penjual diketahui sebagai langkah berjaga-jaga.
  7. Berhenti dari 'menjahanamkan' badan kita dengan makan di luar mahupun di restoran fastfood McD, Kfc, Pizza Hut dan sebagainya.. Belajarlah masak sendiri dan makan di rumah dengan bahan makanan yang lebih organik dan asli. Ini satu pendekatan yang positif dalam kehidupan untuk jangka masa panjang. Makanan di luar sana penuh dengan bahan kimia, perasa, perisa, warna yang boleh menyebabkan kencing manis,
    kerosakan buah pinggang malah lebih teruk kanser atau barah. Cuba tengok makanan di mana-mana restoran fastfood sudah tentu punya kandungan gula yang tinggi, garam yang berlebihan serta perasa ajinomoto mahupun bahan-bahan kimia yang boleh menjahanamkan kesihatan badan kita. Sebab itulah cuba berhenti atau minimumkan pergantungan pada makanan fastfood serta banyak makan makanan sendiri di rumah. Bawa bekal sendiri jika boleh, mula hargai kesihatan serta kawal kalori yang berlebihan, bila kita di'asuh' kurang makan berlebihan saya pasti badan lebih sihat dan cergas. Dan ini satu bonus untuk kita mempunyai badan yang cergas serta otak yang berfungsi pada tahap
    optimum. Sebab itu Rasulullah saw dalam hadisnya pernah berkata, Makanlah apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Cuba perhatikan jika kita mula hargai diri sendiri, tidak membazir dan makan makanan yang dibuat sendiri yang mana pasti mempunyai kesan penjimatan besar-besaran untuk jangka masa panjang.
  8. Sentiasa monitor perbelanjaan bil utiliti seperti telefon, eletrik, air, astro, internet dan lain-lain yang berkaitan. Adakalanya Astro tak perlu sangat (kadang-kadang rancangan memang asek ulang-ulang je) malah dengan Internet saja kita boleh lihat tv atau radio online di seluruh dunia. Malah jika korang merupakan seorang kaki internet sudah tentu akan menemui lubuk-lubuk download movie & music percuma yang berlambak di Internet. Saya cadangkan alternatif untuk buat keputusan berani untuk tutup Astro dan jimat duit anda dengan menggunakan Internet Broadband secara optimum di tempat anda. Ini sekadar pandangan peribadi saya yang memang berdepan Internet lebih banyak daripada tv. Hiburan di Internet pun sudah mampu menggantikan tv tidak lama lagi. Saya melihat Internet kini mampu menjadi hiburan One-Stop-Center yang amat murah. Manakala penggunaan air, letrik dan telefon boleh dijimatkan dengan pelbagai cara yang lebih praktikal. Elak pembaziran yang melulu, sentiasa hargai nikmat dengan sepenuhnya. Apabila kita tahu bil perbelanjaan bulanan kita sudah tentu akan menemui banyak ruang yang boleh dijimatkan.
  9. Berhenti merokok, isap sisha (Oopss), hidu gam atau berhibur tgk wayang atau lain-lain bentuk 'keseronokan' yang mana ia tidak mendatangkan faedah untuk jangka masa panjang. Jika dapat berhenti rokok memang akan beri kelebihan untuk simpan duit lebih banyak setiap bulan serta badan lebih sihat dan bebas penyakit kronik spt kanser, darah tinggi dan sebagainya. Manakala tgk wayang ni saya rasa boleh kurangkan terus kerana ia lebih banyak membazir sedangkan kita boleh download movie di Internet. Zaman skrg kita perlu cari alternatif yang murah dan praktikal serta jadikan rumah atau workstation anda one-stop-center hiburan movie/music dgn lcd/tv plasma dan set karaoke etc (beli semasa promosi mega sale).. dengan itu kita tak perlu buang duit setiap bulan tgk video baru di cinema mahupun berkaraoke di redbox etc setiap tahun.. tapi saya rasa lagi puas tengok wayang sebab screen dia besarr :D
  10. Guna kad kredit dengan bijaksana dan kumpul point untuk redeem barangan yang berharga. Walaupun kad kredit tidak bagus kerana ia antara penyebab 'overspending' dalam pengurusan kewangan, namun kita perlu berdisiplin untuk memastikannya ia berjaya menjadi alat kewangan yang baik. Saya tidak galakkan korang mempunyai banyak kad kredit sangat sbb ia ada yearly fee sebanyak RM50 utk kad utama dan RM25 utk kad supplementary. Oleh itu saya cadangkan korang ada 1 atau 2 jenis kad kredit sahaja sama ada Visa atau Mastercard. Jika ada lebih dari dua maka boleh cancelkan kad tersebut dan focus kepada kad yang lebih baik. (Senang citer, baik jangan berhutang)Jika kita sudah mengira aliran tunai kewangan dan mempunyai bajet bulanan tetap dalam aspek groceries (barangan dapur) maupun bayaran bil, maka taktik membayarnya dgn kredit kad utk redeem point. Rancang pembelian ikut bajet bulanan dan tidak lebih dari itu. Begitu juga perbelanjaan tetap yang boleh dibayar dgn kad kredit spt internet broadband,elektrik, air, petrol dan sebagainya. Dengan kemudahan kad kredit kita boleh memudahkan pengaliran kewangan dalam masa yang sama monitor supaya tidak terlari bajet. Penggunaan kad kredit yang betul adalah bayar full / penuh sebelum penyata kad kredit keluar (normally dlm masa tidak kurang 20 hari) iaitu melalui online banking. Jika korang guna Maybank sudah tentu korang leh monitor online berapa amaun semasa kad kredit dan boleh bayarnya sampai habis dgn mudah.
Pastikan bayar full dan JANGAN bayar minimum sahaja setiap bulan. Ini satu kesilapan besar bagi pengguna kad kredit. Saya sentiasa disiplinkan diri untuk bayar full sebelum penyata keluar dan kita tidak akan dikenakan apa-apa caj interest. Ini satu kelebihan kad kredit di samping dapat redeem point dengan barangan berharga yang ditawarkan oleh pihak pengeluar kad kredit.

Panduan guna kad kredit ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai aliran tunai surplus @ lebihan setiap bulan. Jika korang sentiasa defisit maka saya sarankan korang gunting saja kad kredit itu kerana ia bukan alat kewangan yang membantu. Saya tak mahu lihat ada lagi yang muflis sebab kad kredit ini. So dalam masa yang sama ada pros & cons mende ini, yang penting ketahui aliran tunai (cash flow) anda setiap bulan memudahkan perancangan kewangan yang
tepat dan baik.


Labels:


share this: facebook

4 Comments:

Blogger AidaN aMoy eTuc said...

hihihih...
part xjahankan badan tu, macam payah ckit..
lagi2 ble teringin..hihihi

25 March, 2010

 
Blogger Cik Buya said...

haha.. sekali sekala ok kot.. tapi jangan la selalu. makan dia kata je jimat.. tapi mahal gak .

26 March, 2010

 
Blogger AidaN aMoy eTuc said...

betol2,...
tp ak sedang dlm proses mengemukan badan..
so ak layan kan ajer semua bnda2 gtu..
hikhik~

26 March, 2010

 
Blogger Cik Buya said...

bahaya la weh amek everday.
makanan tu sume kandongan kolestrol ngan lemak dia tinggi tau. aku ni, sek amek nasi je.. patut aku makan nasi satu kali sehari,

26 March, 2010

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

back to top




HOME | LENSA HAYATI | FLICKR


Best view in CHROME




Dear Readers,
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, FAKER, copycater and any type of childish acts or BADWORDS HERE . you should leave message on my tagboard before you leave. you're allowed to enter this site anytime but if you do something BAD and I don't Like it. you should go go far away from my blog.


RESPECT is a must. Enjoy your stay and have fun!
Please leave your step by drop your comment or Just click here :


Thank You and Come Again!

Dan tolong jage Chiyo saye :)
Klik-klik please!

Profile♥


the unique one


Norhayati is : Trustworthy and loyal | Very passionate and dangerous | Wild at times | Knows how to have fun | Sexy and mysterious | Everyone is drawn towards her inner and outer beauty and independent personality | Playful, but secretive | Very emotional and temperamental sometimes | Meets new people easily and very social in a group | Fearless and independent.. Can hold their own | Stands out in a crowd | Essentially very smart..















I Have This :)
facebook


See my profile...


Heart

Buya <3 Buyo, Since **07
: 0504 : Our Pallet Of Love


leave ;] email/ym ;] Fotopages ;] Friendster ;]


Gossip♥


graphic addicts
[:


Likes♥

Suka menembak di waktu lapang ='D

D80 kini di tangan.. ;)

I Am Nikonian :D

My Gear


Friends♥



Games + Tutorial ::
funny-games
heavy-games
Maya 3D
HTML tutorial
HDR tutorial
IR

Harry Potter

Labels♥

  • Photoshop Tutorial
  • Information
  • Tag
  • Movie
  • Songs

  • Entries♥

    Recent Post

  • Moral Down
  • Yeah!!
  • R.i.n.d.u nyer kamu!
  • Ini aMoi sangat pandai PSYCHO orang beb!
  • Tutorial
  • OK. lama tak apdet.
  • A story..
  • Sesengal di bengkel..
  • Ya Nabi Salamun Alaika.
  • Masa Muda memang best :D


  • Archives♥




    Others♥

    My Flickr



    JS Paintball

    My Parents + dakMOK!

    Me and My Parents

    My Parents




    Actually not a best student c(=


    Advertiser♥


    Saiz iklan anda adalah
    150 x 150

    Untuk sewa ruang iklan anda, sila emailkan kepada saya di kedinkyst87@gmail.com.

    Sewa iklan anda akan di letakkan setelah pembayaran diterima.

    **Tertakluk kepada syarat dan permintaan.