Ikhsan dari facebook, aku terbaca tentang iklan Raya Tv3 baru-baru ni. Maklumalah, semenjak de babyband ni jarang tengok TV alangkah lagi nak tengok berita. Melainkan JS masuk TV hahaha. takleh bla!
Korang pena tgK tak iklan tu? jap aku letak kat sini jap.
Ok. korang nilai la sendiri.. and here is some review about the advertisement.
Ulasan iklan Hari Raya
Scene 1 :
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
- Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
- Buku – Bible
- Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
- Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
- Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
- Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
- Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2:
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
- Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
- Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
- Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
- North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
- Pokok Krismas – Simbol Paganism
Scene 3:
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
- Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
- Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
- Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4:
Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
- Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.
Scene 5:
Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
- Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
- Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
- Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6:
Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
- Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7:
Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
- Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 8:
Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
- Pasangan Budak Perempuan Berpelukan – Lesbianism/Feminism
- Kepala Budak Lelaki Tersengih – Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.
Scene 9:
Beca terbang merentasi sebuah pulau.
- Pulau – Singapore lah.
Scene 10:
Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
- Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) – tempat tinggal Jin
- Masjid Kecil – Agama Islam yang lemah
Scene 11:
Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
- Bangunan Misteri – Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
- Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk – Perlakuan Biadab
*bole juga dilihat ringkasan iklan tersebut di sini
Maklumat Tambahan:
Iklan ini dibuat oleh: Douglas Khoo Hong Seng, Pengarah Kreatif TV3
Berikut petikan Utusan Malaysia
-------------------------------
Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.
"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.
"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.
"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.
Melayu millenium huh?? hello.. melayu millenium ke melayu terpesong?? agak la skit bhai oii. nak buat 1 malaysia tak perlu macamni la. Iklan TM Net pun 1 Malaysia jugak hape?? haihh.. diskriminasi betul la kalau cite pasal perkauman ni.. tp bagi wa, cina ke.. india ke.. melayu ke.. wa tahu tak semua nya jahat sangat kan? kengkadang melayu pun boleh tikam melayu ape.. alllooo?

Ok.
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, 














My Parents + dakMOK!
Me and My Parents
My Parents
2 Comments:
salah satu tanda akhir kiamat...
islam diperkotak katikkn,tapi hanya mampu bdiam diri..
p/s:ape yg kite bley wat ni dow..?ak ase useless plak~
14 September, 2010
tahu takpe. nak boikot pon nak boikot camne eh? cam tak jalan je boikot2 ni.
14 September, 2010
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home